Tempat : Surau Al-Hidayah, BSP
Tarikh : 1 Muharram 1430H (29 Disember 2008)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Semua kariah dijemput hadir.
Wassalam.
Sunday, December 28, 2008
Monday, December 08, 2008
Solat Sunat Aidiladha 1429H
Solat Sunat Aidiladha telah diadakan dengan sempurna di Surau Al-Mukmin tepat jam 8.30 pagi dengan diimamkan oleh Imam Ismail (Surau Al-Mukmin) dan bacaan khutbah oleh Imam Razak (Surau Al-Hidayah). Kehadiran jemaah amatlah menggalakkan dengan dihadiri oleh seluruh warga BSP yang tidak balik ke kampung halaman.
Terkini! Solat Aidiladha di Surau Al-Mukmin
Oleh kerana hujan lebat sepanjang malam tadi, tapak untuk Solat Sunat Aidiladha telah digenangi air. Dengan ini, tapak untuk Solat Aidiladha dipindahkan dan akan dibuat di Surau Al-Mukmin di Pangsapuri Seri Saujana.
Harap maklum.
Terima kasih.
Harap maklum.
Terima kasih.
Tapak Solat Aidiladha Dilanda Hujan
Selepas lebih kurang sejam hujan turun tanpa henti di BSP, kawasan untuk Solat Sunat Aidiladha di tapak Surau Al-Hidayah telah digenangi air hujan yang bertakung dan juga tempias hujan. Para kariah yang mengetahui perkara ini telah sekali lagi berganding tenaga untuk membersihkan hamparan yang telah dibuat dan telah memindahkan khemah ke kawasan yang lebih tinggi, agar terlepas daripada takungan hujan.
Dua ekor lembu untuk ibadah korban korban juga telah pun sampai di tapak surau dengan lori dan ditambat berhampiran kawasan menyembelih untuk menyenangkan proses korban kelak.
Sehingga artikel ini ditulis (5.40 pagi), hujan masih lagi turun renyai-renyai dan diharapkan agar reda, supaya dapat menunaikan solat dengan lebih sempurna. Walau bagaimana pun, tiada tanda-tanda hujan akan reda dalam masa terdekat dan kita perlu reda dan terima kerana ini semua adalah kejadian dari Allah S.W.T. Ini adalah hujan rahmat dariNya.
Gambar sekitar kejadian...
Tapak surau digenangi air hujan
Mengalihkan khemah ke kawasan lebih tinggi
Kawasan bertakung menjadi becak
Lori yang membawa lembu korban telah sampai dan proses menurunkan lembu dari atas lori
Lembu pertama
Lembu kedua
Sunday, December 07, 2008
Sekitar gotong royong Aidiladha & Majlis Korban
Gotong-royong yang diadakan pada 7hb. Disember 2008, jam 9.00 pagi oleh kariah Surau Al-Hidayah untuk menyiapkan tapak bagi Solat Aidiladha dan Ibadah Korban telah berlangsung dengan jayanya. Komitmen padu kariah telah dapat menyiapkan khemah, hamparan untuk solat, tempat untuk ibadah korban dan lain-lain dalam masa yang singkat. Diucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada jemaah yang menjayakan gotong-royong ini. Tenaga, masa dan buah fikiran semua jemaah amatlah dihargai.
Gambar sekitar gotong-royong...
Proses meratakan tanah dan membuang batu-batu kecil, untuk keselesaan jemaah. 'Otai' BSP Pakck Mat Nor, sedang interframe
Kerja-kerja menggali lubang untuk ibadah korban
Menggantung 'tirai' untuk jemaah wanita
Veteran BSP (Pakcik Dolah, SP6/5) sedang meratakan tanah
Sham (Pajero) memotong kayu untuk dijadikan pancang sambil diperhatikan oleh Abg Din, Imam Razak.
Pancang yang telah siap ditanam
Lubang untuk ibadat korban yang telah siap digali
Berhenti rehat untuk mengalas perut dan menghilangkan dahaga
Bertukar-tukar fikiran sambil menjamu selera
Veteran BSP (Pakcik Bisuma) rancak berbual
Lagi gambar, klik sini...
Saturday, December 06, 2008
Gotong royong sempena Solat Aidiladha & Majlis Korban
Kepada semua jemaah surau,
Diminta semua jemaah dapat menghadirkan diri ke surau untuk gotong-royong sempena Solat Aidiladha & Majlis Korban.
Tarikh: 7hb. Disember 2008 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Surau Al-Hidayah
Terima kasih.
Wassalam.
Diminta semua jemaah dapat menghadirkan diri ke surau untuk gotong-royong sempena Solat Aidiladha & Majlis Korban.
Tarikh: 7hb. Disember 2008 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Surau Al-Hidayah
Terima kasih.
Wassalam.
Friday, December 05, 2008
Mesyuarat Khas Korban & Kenduri Doa Selamat
Satu mesyuarat khas berkenaan Ibadat Korban sempena Hari Raya Aidiladha akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 5hb. Disember 2008 (Jumaat)
Tempat : Surau Al-Hidayah
Masa : Selepas Solat Isyak
Diharap semua jemaah dapat menjayakan majlis ini.
Sekian, Wassalam.
Tarikh : 5hb. Disember 2008 (Jumaat)
Tempat : Surau Al-Hidayah
Masa : Selepas Solat Isyak
Diharap semua jemaah dapat menjayakan majlis ini.
Sekian, Wassalam.
Wednesday, December 03, 2008
Solat Hari Raya Aidiladha 1429H & Ibadah Korban
Dimaklumkan bahawa Solat Hari Raya Aidiladha 1429H yang jatuh pada Isnin, 8hb Disember 2008 boleh dilakukan di Surau Al-Hidayah dan Ibadat Korban akan dilakukan pada hari tersebut.
Harapan agar semua jemaah yang tidak balik ke kampung halaman dapat menjayakan Solat Sunat ini bersama-sama demi memeriahkan lagi Hari Raya Aidiladha dan Surau Al-Hidayah.
(Solat akan dimulakan tepat jam 8.30 pagi)
Harap maklum.
Subscribe to:
Posts (Atom)