Sunday, December 28, 2008

Ceramah Maal Hijrah 1430H

Tempat : Surau Al-Hidayah, BSP
Tarikh : 1 Muharram 1430H (29 Disember 2008)
Masa : Selepas Solat Maghrib

Semua kariah dijemput hadir.

Wassalam.

Monday, December 08, 2008

Ibadah Korban 1429H














Solat Sunat Aidiladha 1429H

Solat Sunat Aidiladha telah diadakan dengan sempurna di Surau Al-Mukmin tepat jam 8.30 pagi dengan diimamkan oleh Imam Ismail (Surau Al-Mukmin) dan bacaan khutbah oleh Imam Razak (Surau Al-Hidayah). Kehadiran jemaah amatlah menggalakkan dengan dihadiri oleh seluruh warga BSP yang tidak balik ke kampung halaman.

Ibadah korban telah diadakan selepas solat Aidiladha yang mana seekor lembu akan dikorbankan di Pangsapuri Seri Saujana dan 2 ekor di Crystal.

Gambar sekitar...





























Terkini! Solat Aidiladha di Surau Al-Mukmin

Oleh kerana hujan lebat sepanjang malam tadi, tapak untuk Solat Sunat Aidiladha telah digenangi air. Dengan ini, tapak untuk Solat Aidiladha dipindahkan dan akan dibuat di Surau Al-Mukmin di Pangsapuri Seri Saujana.

Harap maklum.

Terima kasih.

Tapak Solat Aidiladha Dilanda Hujan

Selepas lebih kurang sejam hujan turun tanpa henti di BSP, kawasan untuk Solat Sunat Aidiladha di tapak Surau Al-Hidayah telah digenangi air hujan yang bertakung dan juga tempias hujan. Para kariah yang mengetahui perkara ini telah sekali lagi berganding tenaga untuk membersihkan hamparan yang telah dibuat dan telah memindahkan khemah ke kawasan yang lebih tinggi, agar terlepas daripada takungan hujan.

Dua ekor lembu untuk ibadah korban korban juga telah pun sampai di tapak surau dengan lori dan ditambat berhampiran kawasan menyembelih untuk menyenangkan proses korban kelak.

Sehingga artikel ini ditulis (5.40 pagi), hujan masih lagi turun renyai-renyai dan diharapkan agar reda, supaya dapat menunaikan solat dengan lebih sempurna. Walau bagaimana pun, tiada tanda-tanda hujan akan reda dalam masa terdekat dan kita perlu reda dan terima kerana ini semua adalah kejadian dari Allah S.W.T. Ini adalah hujan rahmat dariNya.

Gambar sekitar kejadian...

Tapak surau digenangi air hujan









Mengalihkan khemah ke kawasan lebih tinggi









Kawasan bertakung menjadi becak









Lori yang membawa lembu korban telah sampai dan proses menurunkan lembu dari atas lori








Lembu pertama









Lembu kedua



Sunday, December 07, 2008

Sekitar gotong royong Aidiladha & Majlis Korban

Gotong-royong yang diadakan pada 7hb. Disember 2008, jam 9.00 pagi oleh kariah Surau Al-Hidayah untuk menyiapkan tapak bagi Solat Aidiladha dan Ibadah Korban telah berlangsung dengan jayanya. Komitmen padu kariah telah dapat menyiapkan khemah, hamparan untuk solat, tempat untuk ibadah korban dan lain-lain dalam masa yang singkat. Diucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada jemaah yang menjayakan gotong-royong ini. Tenaga, masa dan buah fikiran semua jemaah amatlah dihargai.

Gambar sekitar gotong-royong...

Proses meratakan tanah dan membuang batu-batu kecil, untuk keselesaan jemaah. 'Otai' BSP Pakck Mat Nor, sedang interframe








Kerja-kerja menggali lubang untuk ibadah korban










Menggantung 'tirai' untuk jemaah wanita










Veteran BSP (Pakcik Dolah, SP6/5) sedang meratakan tanah









Sham (Pajero) memotong kayu untuk dijadikan pancang sambil diperhatikan oleh Abg Din, Imam Razak.








Pancang yang telah siap ditanam










Lubang untuk ibadat korban yang telah siap digali









Berhenti rehat untuk mengalas perut dan menghilangkan dahaga









Bertukar-tukar fikiran sambil menjamu selera










Veteran BSP (Pakcik Bisuma) rancak berbual









Lagi gambar, klik sini...

Saturday, December 06, 2008

Gotong royong sempena Solat Aidiladha & Majlis Korban

Kepada semua jemaah surau,

Diminta semua jemaah dapat menghadirkan diri ke surau untuk gotong-royong sempena Solat Aidiladha & Majlis Korban.

Tarikh: 7hb. Disember 2008 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Surau Al-Hidayah

Terima kasih.
Wassalam.

Friday, December 05, 2008

Arah Kiblat BSP

Garisan lurus ialah arah Kiblat (Masjidil Haram, di Mekah)

6,969.76km - Surau Al-Hidayah ke Masjidilharam

Arah Kiblat dari BSP (6,969.76km)
Sumber:
http://blogcasa.wordpress.com/2008/04/29/tanya-jawab-arah-kiblat/

Mesyuarat Khas Korban & Kenduri Doa Selamat

Satu mesyuarat khas berkenaan Ibadat Korban sempena Hari Raya Aidiladha akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 5hb. Disember 2008 (Jumaat)
Tempat : Surau Al-Hidayah
Masa : Selepas Solat Isyak

Diharap semua jemaah dapat menjayakan majlis ini.

Sekian, Wassalam.

Wednesday, December 03, 2008

Solat Hari Raya Aidiladha 1429H & Ibadah Korban


Dimaklumkan bahawa Solat Hari Raya Aidiladha 1429H yang jatuh pada Isnin, 8hb Disember 2008 boleh dilakukan di Surau Al-Hidayah dan Ibadat Korban akan dilakukan pada hari tersebut.


Harapan agar semua jemaah yang tidak balik ke kampung halaman dapat menjayakan Solat Sunat ini bersama-sama demi memeriahkan lagi Hari Raya Aidiladha dan Surau Al-Hidayah.


(Solat akan dimulakan tepat jam 8.30 pagi)


Harap maklum.

Friday, October 10, 2008

Mesyuarat Surau Al-Hidayah

Tarikh: 12 Oktober 2008
Tempat: Surau Al-Hidayah
Masa: Lepas Solat Isyak (8.30 mlm)

Diminta semua AJK dapat menghadirkan diri.

Terima kasih.

Majlis: Rumah Terbuka Raya

Tuan Rumah : Saudara Idris Darmauri
Alamat : No. 31, Jalan SP6/3 (Topaz)
Tarikh : 12 Oktober 2008
Masa : Lepas Zohor

Semua jemaah dijemput hadir (bawa family).

Gotong-royong kemas surau

Kepada semua jemaah surau,
Diminta anda dapat menghadirkan diri ke surau untuk gotong-royong mengemas surau.

Tarikh: 12/10/2008 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Surau Al-Hidayah

Terima kasih.
Wassalam.

Monday, September 22, 2008

Jaga adab anak-anak di masjid - Ismail

ALOR GAJAH 21 Sept. - Ibu bapa dan masyarakat Islam khususnya perlu memainkan peranan menegur anak-anak menjaga tatasusila dan peradaban mereka ketika berada di masjid sesuai dengan imejnya sebagai tempat beribadat bagi masyarakat Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Ismail Osman berkata, adalah wajar bagi setiap masyarakat menegur anak-anak yang dirasakan melanggar adab di masjid biarpun mereka hanya kanak-kanak.

Menurutnya, menegur anak- anak ini yang didapati membuat bising atau bermain di dalam masjid sehingga mengganggu jemaah menunaikan ibadat amat digalakkan bagi membolehkan anak-anak memahami konsep peradaban yang perlu dipatuhi apabila berada di masjid.

''Bagaimanapun, apabila kita membuat teguran kepada anak- anak ini, janganlah pula terlalu kasar sehingga mereka menjadi trauma pula untuk ke masjid dan berlanjutan sehingga mereka dewasa kelak.

''Jika perkara ini berlaku, usaha kita untuk menyemarakkan kunjungan generasi muda untuk ke masjid dikhuatiri terbantut pula disebabkan perasaan trauma ini," katanya sewaktu berucap pada majlis pertandingan tilawah al- Quran peringkat daerah Alor Gajah anjuran UMNO Masjid Tanah di sini semalam.

Menurut Ismail, ibu bapa merupakan golongan paling penting dalam memainkan peranan mendidik anak-anak menjaga adab mereka sewaktu berada di masjid.

Ujarnya, golongan bapa yang juga sebagai ketua keluarga perlu memastikan anak-anak menjaga adab masing-masing malah sebelum membawa anak ke masjid, bapa perlu menerangkan kepada mereka tentang perkara yang dilarang ketika berada di masjid.

''Jika kita lihat ada anak-anak ini berlari-lari atau bermain dalam masjid, eloklah ditegur perbuatan mereka itu tetapi biarlah berpada-pada, jangan sampai anak-anak ini menjadi trauma dan takut pula untuk ke masjid," ujarnya.

Ini kerana, kata beliau, bagi membentuk nilai-nilai peribadi yang mulia di kalangan generasi muda, ia perlu dilaksanakan ketika mereka dalam peringkat kanak-kanak agar ia menjadi budaya dan amalan kepada mereka apabila dewasa kelak.

Dari: Utusan Online

Thursday, September 18, 2008

Tuesday, September 16, 2008

Monday, September 15, 2008

Zakat Fitrah 1429H

Kepada : Semua Jemaah Bagi Taman Topaz, Crystal, Coral, Ruby dan Pangsapuri Seri Saujana

Anda boleh mengeluarkan Zakat Fitrah kepada Imam Razak selaku amil yang dilantik oleh JAIS.

Tempat : Surau Sementara Al-Hidayah (No. 22, Jalan SP 6/3, Topaz)
Masa : Isnin - Jumaat (Selepas Solat Maghrib & Tarawih)
Sabtu & Ahad (Selepas Solat Zohor, Asar, Maghrib & Tarawih)
Kadar : RM5.20

Sekian, untuk makluman semua.

Friday, September 05, 2008

Bandar Saujana Putra perlu masjid

KAMI penduduk beragama Islam di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor dengan dukacita memaklumkan sehingga kini masih tiada surau tetap apa lagi masjid di tempat kami.

Akibatnya, hampir 3,000 orang yang bermastautin di sini terpaksa bersolat Jumaat di masjid paling hampir yang jauhnya 15 kilometer.

Di Bandar Saujana Putra ini terdapat lapan taman dan dua kawasan pangsapuri. Jika ada surau pun hanya terdapat di kawasan pangsapuri dengan saiz yang kecil.

Di taman-taman lain masih tiada surau untuk bersolat mahupun untuk sebarang aktiviti kemasyarakatan setempat.

Bagaimanapun, dengan inisiatif umat Islam di sini, kami menggunakan rumah-rumah kosong untuk digunakan sebagai surau sementara bagi keperluan masyarakat, khususnya solat berjemaah. Rumah ini kami gunakan dengan sewaan sebanyak RM400 sebulan melalui derma daripada para qariah.

Masalah ini telah kami ajukan kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor hatta juga sampai ke pengetahuan Menteri Besar, namun hingga kini kami masih menunggu jawapan daripada pihak-pihak yang terbabit.

Dengan kerjasama JAIS Kuala Langat, tapak surau telah diwartakan awal tahun ini tetapi di atas sebab kekurangan dana, pembinaan ini terpaksa kami tangguh.

Sempena Ramadan ini, dengan kerjasama MDKL, kami dibantu menerusi dua khemah dan menambah satu lagi rumah untuk menampung pertambahan jemaah untuk solat terawih.

Masalahnya sampai bila kami harus menghadapi keadaan sebegini.

Di sini, kami sangat-sangat mengharap ada pihak pihak yang prihatin dan jujur dalam membantu kami untuk mewujudkan sebuah surau yang mungkin boleh dijadikan sebagai tempat untuk solat Jumaat bagi qariah di sini.

Kami juga telah berusaha mencari dana sendiri dengan meletakkan pemidang di tempat-tempat yang strategik, menghantar surat derma kepada badan korporat dan masjid di Selangor namun agak kurang mendapat sambutan.

SHAMDIN SALLEH HUSIN

Bandar Saujana Putra,

Selangor

Petikan : Utusan Malaysia Online (Forum), 05 September 2008 (Jumaat)

Wednesday, August 27, 2008

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan

Tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia ditetapkan pada petang Ahad, 31 Ogos 2008 bersamaan 29 Syaaban 1429 Hijrah.

Wassalam.

Borang Tahlil Arwah

Borang untuk tahlil arwah kini boleh didapati di Surau Al-Hidayah dan sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada AJK Surau.

Wassalam.

Peminjaman Sementara Alatan

Sesiapa yang ingin meminjamkan alatan seperti dibawah selama sebulan:

  1. Kipas angin (berdiri)
  2. Sejadah
  3. Extension wire
  4. Tikar@karpet
  5. Batu-bata (hantar ke surau pada pagi Ahad, 31/08/2008)
Diminta menghubungi AJK Surau atau saudara/i boleh meletakkannya terus di surau.

Wassalam.

Majlis: Kenduri Menyambut Puasa & Doa Selamat

Tuan Rumah : Saudara Sham (Pajero)
Alamat : No. 15, Jalan SP7/5 (Crystal)
Tarikh : 28 Ogos 2008
Masa : Lepas Isyak

Semua jemaah dijemput hadir.

Tuesday, August 26, 2008

Monday, August 25, 2008

Gotong Royong Surau Al-Hidayah

Telah pun diadakan pada hari Ahad lepas, 24hb Ogos 2008, walaupun hari hujan yang agak lebat. Komitmen dari ahli jemaah yang sanggup 'turun padang' amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih demi menegakkan syiar Islam di Bandar Saujana Putra ini.

Proses meletakkan papan dilakukan walaupun hujan lebat.

Proses pemasangan paip.

Peralatan untuk pemasangan paip tempat mengambil wuduk.

Pemasangan khemah di bahagian luar surau.

Proses mengukur sebelum pemasangan paip.

Pemasangan khemah masih lagi diteruskan.

Pemasangan khemah dan paip.

Pemasangan khemah belum selesai.

Proses memotong kayu.

Pemasangan khemah.

Friday, August 15, 2008

Majlis: Doa Selamat

Tuan Rumah : Saudara Abdullah (MPSJ)
Alamat : No. 84, Jalan SP6/3 (Topaz)
Tarikh : 23 Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : Lepas Isyak

Semua jemaah dijemput hadir.

**Telah selamat diadakan.

Majlis: Solat Hajat & Bacaan Yassin

Tuan Rumah : Saudara Khaidir Bin Kamaruddin
Alamat : No. 17, Jalan SP8/18 (Ruby)
Tarikh : 17 Ogos 2008
Masa : 2.00 petang

Semua jemaah dijemput hadir.

**Telah selamat diadakan.

Majlis: Sempena Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Tuan Rumah : Ustaz Samad
Alamat : No. ??, Jalan SP6/2 (Crystal)
Tarikh : 16 Ogos 2008
Masa : 12.30 tengahari

Semua jemaah dijemput hadir.

*Telah selamat diadakan.

Thursday, August 14, 2008

Gotong Royong Surau - 24/08/2008

Assalamualaikum,
Kepada semua AJK dan jemaah surau, satu gotong-royong membersihkan dan mencantikkan Surau Al-Hidayah akan diadakan sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi.

Tarikh : 24hb Ogos 2008 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Surau Al-Hidayah (No. 22, Jalan SP6/3, Topaz)

Sama-samalah kita meluangkan masa dan tenaga demi keharmonian surau kita.

Sekian, terima kasih.

Monday, August 04, 2008

Boling Persahabatan – Hidayah : Mukmin : Nur

Pada 11.00 pagi Ahad, 3hb. Ogos 2008, bertempat di Pusat Bowling di Holiday Villa Hotel & Suites Subang, jemaah Surau Al-Hidayah bersama-sama dengan jemaah Surau Al-Mukmin dan An-Nur telah mengadakan perlawanan boling persahabatan dalam memupuk jalinan silaturrahim dan persahabatan sesama jemaah.Perlawanan telah berlangsung dari pukul 11.30 pagi hingga 1.30 tengahari dengan meriah dan keputusan markah peserta amat membanggakan. (lagi gambar di Laman BSP)

** Keputusan **

Kumpulan 1


Ranking Nama Game 1 Game 2 Jumlah
1 Siti (A) 87 110 197
2 Ieda 81 82 163
3 Johana 58 97 155
4 Nor 86 62 148
5 Nora 73 33 106

JUMLAH 385 384 769

Kumpulan 2


Ranking Nama Game 1 Game 2 Jumlah
1 Azura 73 64 137
2 Rose 58 64 122
3 Siti (B) 48 54 102
4 Asni 49 52 101
5 Rosnah 48 45 93

JUMLAH 276 279 555

Kumpulan 3


Ranking Nama Game 1 Game 2 Jumlah
1 Sham 123 116 239
2 Colin 107 123 230
3 Khairudin 101 91 192
4 Fadillah 89 88 177
5 Muhammad 93 84 177
6 Mus 63 82 145

JUMLAH 576 584 1160

Kumpulan 4


Ranking Nama Game 1 Game 2 Jumlah
1 Me 153 138 291
2 Aziz 98 144 242
3 Sulaiman 120 122 242
4 Azhar 132 103 235
5 Khairi 111 122 233
6 Kamilan 115 89 204

JUMLAH 729 718 1447

Kumpulan 5


Ranking Nama Game 1 Game 2 Jumlah
1 Shamsuddin 118
118
2 Taufik 103
103
3 Din 101
101
4 Zahar 88
88
5 Dee 84
84
6 Azim 33
33

JUMLAH 527
527
*Keputusan markah untuk Game 2 tidak diperolehi.

Kumpulan 6


Ranking Nama Game 1 Game 2 Jumlah
1 Razak 125 116 241
2 Joe 102 126 228
3 Asrul 105 102 207
4 Abdein 94 71 165
5 Zahri 63 99 162
6 Azman 74 62 136

JUMLAH 563 576 1139

Kumpulan 7


Ranking Nama Game 1 Game 2 Jumlah
1 Shaarani 145 101 246
2 Wan 140 92 232

JUMLAH 285 193 478


"Majulah Sukan Untuk BSP"

Thursday, July 17, 2008

Tapak Surau Al Hidayah

Surau sementara Al Hidayah di alamat
No 22, Jalan SP6/3, BSP (Topaz)


Tapak Surau Al Hidayah di Jalan SP7/2, BSP (Crystal)