Selepas lebih kurang sejam hujan turun tanpa henti di BSP, kawasan untuk Solat Sunat Aidiladha di tapak Surau Al-Hidayah telah digenangi air hujan yang bertakung dan juga tempias hujan. Para kariah yang mengetahui perkara ini telah sekali lagi berganding tenaga untuk membersihkan hamparan yang telah dibuat dan telah memindahkan khemah ke kawasan yang lebih tinggi, agar terlepas daripada takungan hujan.
Dua ekor lembu untuk ibadah korban korban juga telah pun sampai di tapak surau dengan lori dan ditambat berhampiran kawasan menyembelih untuk menyenangkan proses korban kelak.
Sehingga artikel ini ditulis (5.40 pagi), hujan masih lagi turun renyai-renyai dan diharapkan agar reda, supaya dapat menunaikan solat dengan lebih sempurna. Walau bagaimana pun, tiada tanda-tanda hujan akan reda dalam masa terdekat dan kita perlu reda dan terima kerana ini semua adalah kejadian dari Allah S.W.T. Ini adalah hujan rahmat dariNya.
Gambar sekitar kejadian...
Lembu kedua
No comments:
Post a Comment